Saturday, 30 May 2009

Program Menanam Pokok Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement (WOSM) dengan kerjasama United Nation Enviroment Programme (UNEP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan satu program menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada butiran berikut:-

  • Masa: 5.00pm (sabtu) – 2.00pm (ahad)
  • Tarikh: 06/06/09 – 07/06/09
  • Lokasi: Kem Pengakap Hulu Semenyih,
  • Info: Makanan, Sijil Peghargaan dan Lencana ditaja oleh pihak penganjur

Sehubungan dengan itu diminta pihak tuan membawa peralatan berkebun seperti cangkul, jebak, pongkes dan apa yang difikirkan perlu serta peralatan berkhemah dimana Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan bermesyuarat pada malam (06/06/09) tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha seketeriat En. Khairul Faizal di talian 019-3147474. Surat siaran program boleh dimuat turun disini atau disini

Semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.

Harap maklum dan terima kasih.

Friday, 29 May 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat III Unit PKK

Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat III (Lanjutan) unit Pengakap Kanak-kanak pada :



Tarikh : 26 hingga 28 Jun 2009 (Jumaat - Ahad)

Tempat : Kem Temasya Rimba Templer, Rawang.

Pendaftaran : Jam 3.00 - 4.00 petang Jumaat, 26.06.2009



Penyertaan : Terbuka jepada pemimpin pengakap yang telah mengikuti kursus-

kursus yang berikut pada masa yang lalu :

1. Kursus Manik Kayu Peringkat II (Asas) - kaedah lama

2. Kursus Manik Kayu Modul B (sistem modular)

3. Kursus Manik Kayu Peringkat I (Asas) - kaedah baru

Kepada yg berminat : Sila hantar nama dan alamat sekolah melalui faks 03-87363846 untuk perhatian Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Selangor sebelum 5 Jun 2009.



Thursday, 21 May 2009

BACKWOOD COOKING!!!!!!!!!

Masakan rimba.....
Aktiviti ini yang menyeronokkan inilah yang menjadi pilihan Pasukan Pengakap 87 Gombak untuk dijadikan ujian...
Ujian Jurumsak di khemah ini telah dijalankan pada 16 Mei 2009 bertempat di Padang SMK Darul Ehsan.....
Cikgu Ida dan bakal ahli kelana E

sedang memberi tunjuk ajar

hidupkan api tu dik oiii!!!!
kene uji laaa...

Ujian ini berakhir sekitar jam 1030 dan tahniah buat yang berjaya dan yang tidak berjaya akan mengulang ujian ini selapas cuti.
Oleh itu semua peserta akan mengulang kerana tiada yang lulus...ahahahahahaahhaha!!!!
trima kasih kepada semua pengakap Kelana E yang telah menjayakan ujian ini...SYABAS!!!!

Wednesday, 20 May 2009

JOTA Pengakap Daerah Gombak Yang Pertama.

Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Gombak yang buat julung kalinya mengadakan Jamboree On The Air, JOTA. Syabas kepada semua peserta yang telah emberanikan diri untuk berQSO dengan rakan-rakan pengakap di kawasan lain. Terima kasih juga diucapkan kepada semua kelana yang telah menjayakan program ini........

Menegakkan antena di kala orang sedang tido...

sesi penerangan

berQSO dengan rakan Pengakap di tempat lain

peserta JOTA...

Selamat berjumpa kembali dalam JOTA-APR yang akan datang!!!!!!!!!!!




Wednesday, 25 February 2009

PERUBAHAN LOKASIUPACARA VIGIL KELANA GOMBAK 2009

Perubahan Lokasi Upacara Vigil Kelana Gombak adalah seperti berikut:-

Masa : 1500 (sabtu)
Tarikh : 28/02 - 01/03/2009
Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer
Bayaran : RM12 (makan&sijil)

Borang jemputan program boleh diambil dari saya dan sila sahkan penyertaan anda sebelum 27/02/09. Aktiviti air akan diadakan pada ahad pagi dan semua warga Fox Rovers dijemput hadir.
Kolam Kem Temasya Rimba Templer yang indah!

ATTENTION...

KEPADA SEMUA PEMIMPIN
SILA AMBIL MAKLUM
AKTIVITI PPMGOMBAK BULAN MAC 2009

1. Mesyuarat Kawat Kaki Menengah - 04 Mac 2009, 2.30 petang di SMK Hillcrest.

2. Mesyuarat Jawatankuasa Kawat Kaki Menengah - 04 Mac 2009, 2.30 petang, di SMK Hillcrest.

3. Kursus Ketua Patrol ( Sek. Men ), 07 - 08 Mac 2009, SMK Hillcrest, penyertaan : 4 orang 1 sekolah.

4. Ujian Sikap Pengakap Raja, 07 - 08 Mac 2009, SMK Hillcrest. penyertaan : calon-calon pengakap raja.

Catatan : SURAT AKAN MENYUSUL KEMUDIAN. SEBARANG PERTANYAAN SILA BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI TEKNIK PENGAKAP MENENGAH, EN. ROSDI MUSA DI TALIAN 012-3556732

Tuesday, 27 January 2009

Salam Pengakap

Syukur alhamdullilah, akhirnya blog ini dapt diterbitkan dan insyaallah akan sentiasa dikemaskini dalam menyahut seruan Tuan Pesuruhjaya Daerah untuk setiap Pasukan Kelana Daerah Gombak mempunyai laman web/blog sendiri. Semoga kewujudan blog ini dapat memberi informasi dan maklumat berkaitan dunia kepengakapan kepada Krew Pengakap Kelana E Gombak khususnya dan semua pengakap amnya. Oleh itu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dari semua pihak khususnya rakan-rakan Kelana Gombak, PPM Daerah Gombak, Fox Rovers dan semua yang pihak terlibat dalam penerbitan blog ini. Jika ada sebarang informasi dan bahan untuk dikongsi bersama, sila email ke kelanaegombak@gmail.com

Sekali Berpengakap Terus Bepengakap dan Sedia Berkhidmat.

Muhammad Haziq (yatamaka)
Moderator / Ketua Krew Pengakap Kelana E (Eagle Rovers)
PPM Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan