Saturday 30 May 2009

Program Menanam Pokok Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement (WOSM) dengan kerjasama United Nation Enviroment Programme (UNEP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan satu program menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada butiran berikut:-

  • Masa: 5.00pm (sabtu) – 2.00pm (ahad)
  • Tarikh: 06/06/09 – 07/06/09
  • Lokasi: Kem Pengakap Hulu Semenyih,
  • Info: Makanan, Sijil Peghargaan dan Lencana ditaja oleh pihak penganjur

Sehubungan dengan itu diminta pihak tuan membawa peralatan berkebun seperti cangkul, jebak, pongkes dan apa yang difikirkan perlu serta peralatan berkhemah dimana Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan bermesyuarat pada malam (06/06/09) tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha seketeriat En. Khairul Faizal di talian 019-3147474. Surat siaran program boleh dimuat turun disini atau disini

Semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.

Harap maklum dan terima kasih.

No comments: