Wednesday 16 February 2011

Mesyuarat Agung Kali Ke-3 Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-3 pada butiran berikut:-

Masa : 10.00 pagi
Tarikh : 27 Febuari 2011
Lokasi : Dewan Kem Temasya Rimba Templer
Kod Pakaian : Uniform Lengkap
Surat Siaran : Telah dihantar kepada semua pesuruhjaya daerah
Perasmi : Tn. Hj. Ishak Mohd Joned, Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Selangor

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan kehadiran semua penolong pesuruhjaya daerah tugas khas unit kelana, pemimpin pasukan kelana, ahli jawatankuasa pasukan kelana dan ahli pengakap kelana ke mesyuarat kali ini. Semoga dengan kehadiran pihak tuan dapat menjana idea dalam memantapkan lagi pasukan-pasukan pengakap kelana di Negeri Selangor.

Aturcara Majlis:-
9.45 - Ketibaan Peserta
10.00 - Ketibaan Jemputan
10.15 - Negaraku, Persetiaan & Doa
10.30 - Ucapan Aluan dari Pengerusi Sekretariat
10.45 - Ucapan Perasmian dari Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
11.00 - Jamuan
11.30 - Mesyuarat Agung
12.30 - Ucapan Penangguhan Mesyuarat Agung
1.00 - Bersurai

Surat siaran boleh dimuat turun di sini