Saturday 30 May 2009

Program Menanam Pokok Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa World Organization of Scout Movement (WOSM) dengan kerjasama United Nation Enviroment Programme (UNEP), Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) dan Seketeriat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan satu program menanam pokok sempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada butiran berikut:-

  • Masa: 5.00pm (sabtu) – 2.00pm (ahad)
  • Tarikh: 06/06/09 – 07/06/09
  • Lokasi: Kem Pengakap Hulu Semenyih,
  • Info: Makanan, Sijil Peghargaan dan Lencana ditaja oleh pihak penganjur

Sehubungan dengan itu diminta pihak tuan membawa peralatan berkebun seperti cangkul, jebak, pongkes dan apa yang difikirkan perlu serta peralatan berkhemah dimana Seketeriat Pengakap Kelana Selangor akan bermesyuarat pada malam (06/06/09) tersebut.

Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada setiausaha seketeriat En. Khairul Faizal di talian 019-3147474. Surat siaran program boleh dimuat turun disini atau disini

Semua pengakap kelana selangor dijemput hadir.

Harap maklum dan terima kasih.

Friday 29 May 2009

Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat III Unit PKK

Pasukan Latihan Negeri Selangor akan menganjurkan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat III (Lanjutan) unit Pengakap Kanak-kanak pada :



Tarikh : 26 hingga 28 Jun 2009 (Jumaat - Ahad)

Tempat : Kem Temasya Rimba Templer, Rawang.

Pendaftaran : Jam 3.00 - 4.00 petang Jumaat, 26.06.2009



Penyertaan : Terbuka jepada pemimpin pengakap yang telah mengikuti kursus-

kursus yang berikut pada masa yang lalu :

1. Kursus Manik Kayu Peringkat II (Asas) - kaedah lama

2. Kursus Manik Kayu Modul B (sistem modular)

3. Kursus Manik Kayu Peringkat I (Asas) - kaedah baru

Kepada yg berminat : Sila hantar nama dan alamat sekolah melalui faks 03-87363846 untuk perhatian Pengerusi Pasukan Latihan Negeri Selangor sebelum 5 Jun 2009.



Thursday 21 May 2009

BACKWOOD COOKING!!!!!!!!!

Masakan rimba.....
Aktiviti ini yang menyeronokkan inilah yang menjadi pilihan Pasukan Pengakap 87 Gombak untuk dijadikan ujian...
Ujian Jurumsak di khemah ini telah dijalankan pada 16 Mei 2009 bertempat di Padang SMK Darul Ehsan.....
Cikgu Ida dan bakal ahli kelana E

sedang memberi tunjuk ajar

hidupkan api tu dik oiii!!!!
kene uji laaa...

Ujian ini berakhir sekitar jam 1030 dan tahniah buat yang berjaya dan yang tidak berjaya akan mengulang ujian ini selapas cuti.
Oleh itu semua peserta akan mengulang kerana tiada yang lulus...ahahahahahaahhaha!!!!
trima kasih kepada semua pengakap Kelana E yang telah menjayakan ujian ini...SYABAS!!!!

Wednesday 20 May 2009

JOTA Pengakap Daerah Gombak Yang Pertama.

Tahniah kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Gombak yang buat julung kalinya mengadakan Jamboree On The Air, JOTA. Syabas kepada semua peserta yang telah emberanikan diri untuk berQSO dengan rakan-rakan pengakap di kawasan lain. Terima kasih juga diucapkan kepada semua kelana yang telah menjayakan program ini........

Menegakkan antena di kala orang sedang tido...

sesi penerangan

berQSO dengan rakan Pengakap di tempat lain

peserta JOTA...

Selamat berjumpa kembali dalam JOTA-APR yang akan datang!!!!!!!!!!!