Tuesday, 27 January 2009

Salam Pengakap

Syukur alhamdullilah, akhirnya blog ini dapt diterbitkan dan insyaallah akan sentiasa dikemaskini dalam menyahut seruan Tuan Pesuruhjaya Daerah untuk setiap Pasukan Kelana Daerah Gombak mempunyai laman web/blog sendiri. Semoga kewujudan blog ini dapat memberi informasi dan maklumat berkaitan dunia kepengakapan kepada Krew Pengakap Kelana E Gombak khususnya dan semua pengakap amnya. Oleh itu saya mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan dari semua pihak khususnya rakan-rakan Kelana Gombak, PPM Daerah Gombak, Fox Rovers dan semua yang pihak terlibat dalam penerbitan blog ini. Jika ada sebarang informasi dan bahan untuk dikongsi bersama, sila email ke kelanaegombak@gmail.com

Sekali Berpengakap Terus Bepengakap dan Sedia Berkhidmat.

Muhammad Haziq (yatamaka)
Moderator / Ketua Krew Pengakap Kelana E (Eagle Rovers)
PPM Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan

1 comment:

Fox Rovers Crew said...

Syabas & Tahniah diatas penerbitan blog ini dari kami di Fox Rovers.
Bersama kita berkelana di alam maya...
http://kelanafgombak.blogspot.com/