Sunday 27 December 2009

Tahniah dan Syabas...

Seramai 2 orang ahli kami telah berjaya menjalani Istiadat Pentarafn Kelana (Vigil) dengan jayanye bersam-sama 5 orang ahli dari Krew F. Ahli yang di maksudkan ialah Saudari Azian Ali dan Saudara Muhammad Alif Waie Ahmad Latif. Bertempat di Ulu Yam, tepat pada jam 2.00 pagi, 27 Disember 2009; setelah melakukan istiadat dengan sempurna, mereka telah disarungkan dengan Epolet Kelana oleh Ketua Krew Kelana iaitu Saudara Muhammad Haziq, selaku Pemimpin pada malam tersebut. Semoga dengan kehadiran mereka dapat memajukan dan mengaktifkan lagi pergerakan Krew E ini. Diharapkan pada masa-masa yang akan datang, lebih ramai keahlian akan diterima sebagai tanda memajukan diri, bangsa dan agama dalam menjalani tanggungjawab dan amanat yang telah diberikan selaku Kelana.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan...

Salam Pengakap...

No comments: