Wednesday 20 March 2013

Hi-Tea & AGM ke-4 Sekretariat Kelana Selangor 2013

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan program diatas pada butiran berikut:-

Masa : 2.00 Petang
Tarikh : 6 April 2013 (Sabtu)
Sumbangan : RM5.00 seorang
Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer

2. Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak tuan dapat menyampaikan maklumat ini kepada semua pemimpin dan ahli kelana di daerah tuan serta membalas jumlah kehadiran kepada Pengarah Program En. Muhammad Husaini sebelum 1 April 2013 untuk persediaan & kelancaran program.

3. Setiap krew kelana yang hadir diminta untuk membawa satu hamper untuk dijadikan hadiah semasa sessi cabutan bertuah. Tentative program ada dilampirkan bersama dengan surat ini.


AGM SKS ke-4

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan menjalankan program diatas pada butiran berikut:-

Masa : 8.00 Malam
Tarikh : 6 April 2013 (Sabtu)
Lokasi : Kem Temasya Rimba Templer

2. Borang pencalonan perwakilan dan usul ada dilampirkan bersama surat ini, dimana hanya 3 orang perwakilan yang berumur tidak melebihi 26tahun dari setiap krew yg berdaftar sahaja diterima. (sebagai contoh, jika daerah tersebut mempunyai 3 pasukan kelana berdaftar, hendaklah menghantar 9 org perwakilan ke mesyuarat agung). Pencalonan setiap perwakilan tersebut hendaklah disokong oleh pemimpin pasukan dan pesuruhjaya daerah nya.

3. Kehadiran penolong pesuruhjaya daerah (unit kelana), pemimpin pasukan dan jawatan kuasa krew kelana sebagai pemerhati juga amat dialu-alukan.

Sehubungan dengan itu, kami memohon pihak tuan dapat menyampaikan maklumat ini kepada semua pemimpin dan ahli jawatankuasa krew kelana di daerah tuan. Segala kerjasama, perhatian dan bantuan dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


TENTATITF MAJLIS HI-TEA DAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-4 SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA NEGERI SELANGOR 2013

HI-TEA

Masa Program
1.30 Kehadiran peserta / pendaftaran
2.00 Ketibaan jemputan
2.30 Persetiaan / doa
3.00 Ucapan aluan Pengerusi Sekretariat
3.30 Ucapan perasmian oleh Ketua Pesuruhjaya Negeri
4.00 Jamuan
4.30 Cabutan bertuah
5.00 Sessi bergambar
5.30 Karaoke
6.30 Bersurai

MESYUARAT AGUNG

7.30 Pendaftaran perwakilan
7.45 Ketibaan jemputan
8.00 Persetiaan / doa
8.15 Ucapan aluan Pengerusi Sekretariat
8.30 Ucapan perasmian oleh Penolong Pesuruhjaya Negeri (Unit Kelana)
8.45 Pembentangan laporan program & kewangan tahun 2011/2012
9.00 Agenda mesyuarat agung
9.30 Pelantikan AJK baharu untuk tahun 2013/2014
10.00 Pembentangan usul dari perwakilan
10.30 Ucapan penangguhan dari pengerusi baharu
10.45 Bersurai


muat turun file dalam format PDF:-
siaran hitea : http://www.mediafire.com/view/?px397xhc8cag0gb
notis agm : http://www.mediafire.com/view/?otqrl8eftd2u7qp
borang pencalonan : http://www.mediafire.com/view/?qao96jqqvewsma3
tentatif program : http://www.mediafire.com/view/?oca0i6zr8oel68p

No comments: