Wednesday 29 December 2010

Rafting Sungai Nenggiri 2011

Ingin menyertai aktiviti yang mencabar di atas air. Mari sertai kami dalam menjalankan aktiviti rafting di Kelantan. Aktiviti yng kerap dijalankan ini akan menjadi pembuka aktivti Kelana tahun 2011. Info adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 - 6 Februari 2011

Lokasi : Sungai Nenggiri, Kelantan

Bayaran RM200 ( deposit RM100 sebelum 10 Jan 2011 )

Kepada ahli2 yang berminat, boleh lah menghubungi ketua krew untuk info lebih lanjut. Marilah kita beramai2 memeriahkan aktiviti pembukaan ini...

Kem Suka Suki Kelana Gombak 2010

salam buat semua..

kepada semua ahli kelana, anda dijemput untuk hadir ke kem suka suki 2010 yang akan diadakan pada awal tahun ini. info adalah seperti berikut:

tarikh : 1 Januari 2011
tempat : Sungai Sendat
bayaran: Rm7
aktiviti: 3M - memancing, mandi dan makan..

sebarang pertanyaan sila hubungi ketua krew berkenaan..

Sunday 21 February 2010

MESYUARAT AGUNG SEKRETARIAT PENGAKAP KELANA NEGERI SELAGOR KALI KE-2

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor akan mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-2 pada butiran berikut:-
Masa : 10.00 pagi
Tarikh : 28 Febuari 2010
Lokasi : Kem Rimba Templer
Pakaian : Uniform Lengkap
Surat Siaran : muat turun disini
Info lanjut : lawati Laman Web Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Selangor
Semua warga KELANA dijemput hadir...

Sunday 31 January 2010

Hi-Tea Kelana Selangor 2010...

Tanggal 30 Januari 2010 bertempat di Kem Bagan Lalang, warga Kelana Selangor telah berkumpul bagi memeriahkan Hi-Tea buat julung-julung kalinya. Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan telah merapatkn lagi jurang dan hubungan sesama Kelana di Selangor. Walaupun buat pertama kali di jalankan,sambtan yang diterima amat menggalakkan. Dengan kehadiran Tuan Pesuruhjaya Negeri Selangor ke majlis tersebut. Diharap agar program ini akan diteruskan bagi mengumpulkan ahli-ahli Kelana di bawah satu program. Tahniah dan Syabas....





Wednesday 27 January 2010

UPACARA VIGIL JAN 2010...

Tahniah dan syabas diucapka kepada semua ahli-ahli baru KREW KELANA E yaqng telah divigilkan pada malam 24 Jan 2010. Semoga anda dapat menjadi KELANA yang bertanggungjawab dan menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
 

 

 

 
Posted by Picasa

UPACARA VIGIL DIS 2009




Posted by Picasa

Friday 22 January 2010

Pendaftaran Kelana 2010

Pembukaan pendaftaran ahli krew bagi tahun 2010 kepada semua. Bagi yang berminat sila hubungi ketua krew untuk maklumat lanjut. Kepada ahli-ahli lama, sila memperbaharui keahlian anda bagi tahun ini.

Pentarafan Kelana 2010...

Upacara Pentarafan Kelana(Vigil) Krew Kelana E akan dijalankan bersama Krew Kelana F pada:

Tempat: Ulu Yam P2
Tarikh: 23 Januari 2010

Kepada bakal-bakal Kelana, tahniah diucapkan dan semoga dengan Pentarafan ini semakin ramai ahli akn berdaftar dan lebih menjadi seorang yang bertanggungjawab.