Sunday 27 December 2009

Tahniah dan Syabas...

Seramai 2 orang ahli kami telah berjaya menjalani Istiadat Pentarafn Kelana (Vigil) dengan jayanye bersam-sama 5 orang ahli dari Krew F. Ahli yang di maksudkan ialah Saudari Azian Ali dan Saudara Muhammad Alif Waie Ahmad Latif. Bertempat di Ulu Yam, tepat pada jam 2.00 pagi, 27 Disember 2009; setelah melakukan istiadat dengan sempurna, mereka telah disarungkan dengan Epolet Kelana oleh Ketua Krew Kelana iaitu Saudara Muhammad Haziq, selaku Pemimpin pada malam tersebut. Semoga dengan kehadiran mereka dapat memajukan dan mengaktifkan lagi pergerakan Krew E ini. Diharapkan pada masa-masa yang akan datang, lebih ramai keahlian akan diterima sebagai tanda memajukan diri, bangsa dan agama dalam menjalani tanggungjawab dan amanat yang telah diberikan selaku Kelana.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan...

Salam Pengakap...

Friday 25 December 2009

PERKHEMAHAN TAHUNAN PENGAKAP 87G 2009

nukilan dari : http://nadikulara.blogspot.com/



Seramai 32org ahli pengakap yg mengikuti perkhemahan tahunan di Teluk Batik Lumut, Perak. Seramai 5orang pemimpin & dibantu oleh wakil Kelana E, Tuan Haziq.
Perkhemahan ini bermula dari 21 Dec hingga 23 Dec. Aktivii yg dijalankan seperti ; Gamey-game , Night Walking , Malam Cerita Rimba , Snorkling & Treasure Hunt.
Sepanjang di sana, semua ahli pengakap sungguh senang hati & seronok dgn aktiviti yg dianjurkan oleh pihak Teluk Batik Resort. Ini dia gambargambar peserta perkhemahan dgn jurulatih camp-side kami (:







Ini juga adalah gambargambar ketika aktiviti dijalankan semasa perkhemahan di Teluk Batik Resort.














Ketika hari terakhir kami, istiadat menurunkan bendera dilakukan & penyampaian sijil oleh para peserta perkhemahan diberi oleh Pn. Norlia selaku pemimpin pengakap 87G & dibantu oleh Tn. Haziq serta Nadiah. Ketika itu, Tn Halim & Tn Mursid diberi penghargaan untuk memberikan ucapan kerana ia merupakan hari terakhir bagi Tn Halim bersama-sama kami. Saat itu la ramai ahli pengakap menitiskan air mata kerana tidak dpt menahan sebak.
Selepas saje tamat istiadat, kami berkemas utk beredar & singgah di Pengkalan TLDM serta Bandar Lumut.





sampai tetido Tn Murshid. Panas sgt dlm bas tu










wahhahha! ini dia gambargambar ketika kami di dlm bas dlm perjalanan pulang. Bermacammacam ragam & kerenah ketika pulang di dlm bas.